Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tinju: Pertarungan Wilder Washington

    LOS ANGELES, 1 Feb – Gerald Washington petinju dari Amerika Syarikat (AS) yang belum pernah dikalahkan dinamakan sebagai pencabar baru bagi juara dunia heavyweight, Deontay Wilder Isnin lalu, dalam pertarungan merebut gelaran pada 25 Februari ini di Birmingham, Alabama, umum promoter.

    Wilder, 37-0 dengan 36 ‘knockout’, perlu mempertahankan mahkota Majlis Tinju Dunia miliknya menentang Andrzej Wawrzyk dari Poland, 33-1 dengan 19 ‘knockouts’, tetapi petinju dari Eropah itu diuji positif bagi bahan terlarang.

    Washington mencatatkan 18-0 dengan satu seri dan bertarung di selatan California, perjalanan panjangnya membawa kepada keputusan ‘knockout’ terhadap Ray Austin dengan petinju undercard Wilder dalam pertarungan pada Julai lalu di Birmingham.

    Wilder akan bertarung di depan penyokong sendiri seperti yang dilakukannya apabila dia menewaskan Chris Arreola dari AS pada pusingan kesembilan enam bulan yang lalu.

    Wilder, 31, mengalami koyak otot biseps kanan dan mengalami patah tangan kanan dalam kemenangan itu dan memerlukan beberapa pembedahan dan pemulihan sebelum bersedia melangkah ke dalam gelanggang sekali lagi.

    “Saya merasa kecewa apabila Wawrzyk diuji positif bagi bahan terlarang dan tidak dapat untuk bertarung,” kata Wilder.

    “Saya gembira Gerald Washington bersedia bagi cabaran itu dan membenarkan kami untuk meneruskan pertarungan tersebut.”

    Washington, 34, adalah seorang veteran Tentera Laut AS yang telah beraksi dalam bola sepak Amerika di Universiti Southern California dan dalam skuad latihan NFL, Seattle Seahawks dan Buffalo Bills.

    “Saya merasa gembira untuk mendapatkan peluang ini untuk bertarung bagi kejuaraan dunia pertama saya,” kata Washington.

    “Saya tahu saya akan menentang Deontay Wilder di lamannya, tetapi ia menambah lagi keterujaan untuk bertarung bagi saya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda