Tinnitus, gejala gangguan bunyi tanpa rangsangan luar

TINNITUS adalah persepsi bunyi tanpa kehadiran rangsangan luar di mana sebenarnya ia berasal daripada istilah Latin ‘tinnere’ yang bermaksud nada, tetapi digunakan untuk menggambarkan bunyi yang berdengung, berdesing, gemuruh, berdebar-debar atau klik.

Bunyi boleh dirasai sebagai satu atau dua hala. Malahan, tinnitus mungkin juga simptom pertama untuk gejala proses penyakit yang mengancam kesihatan atau kesejahteraan pesakit.

Kelaziman pengidap masalah tersebut adalah golongan yang berusia di antara 40 ke 70 tahun. Malah, ia adalah lebih kerap untuk dialami di kalangan lelaki berbanding wanita.

Tinnitus boleh mempunyai impak yang besar pada kualiti hidup pesakit. Ludwig Von Beethoven menyifatkan pengalamannya dengan tinnitus dalam surat kepada rakan pada tahun 1801 dengan menyatakan hanya telinganya yang mendengar bunyi siulan dan berdesing secara berterusan pada waktu siang dan malam.

Tinnitus boleh diklasifikasikan sebagai tinnitus objektif atau tinnitus subjektif. Mengikut kes, tinnitus subjektif adalah lebih kerap berlaku atau menyerang berbanding tinnitus objektif.

Antara rawatan pengimejan yang kerap dilakukan untuk merawat masalah tinnitus adalah kaedah angiografi.
Antara rawatan pengimejan yang kerap dilakukan untuk merawat masalah tinnitus adalah kaedah angiografi.

Tinnitus objektif lazimnya berlaku apabila pesakit merasa bunyi yang dihasilkan oleh struktur paraauditory (saluran darah, telinga dalam, otot leher dan kerongkong) yang boleh didengari oleh pemeriksa atau orang lain.

Antara penyebab kepada situasi ini adalah mungkin disebabkan oleh Eustachiantiub yang tidak berfungsi, kekejangan otot di dalam mulut atau leher dan masalah vascular seperti atersklerosis, tumor saluran darah dan anemia.

Tinnitus subjektif pula adalah apabila bunyi yang tidak dapat didengar oleh pemeriksa. Ia biasanya tanpa debaran. Tinnitus yang subjektif adalah berkaitan dengan kurang pendengaran akibat usia yang meningkat, penyakit Meniere’s. otosclerosis, kanser nasofarinks, trauma kepala, akaustik neuroma, ubat-ubatan, masalah telinga tengah, tahi telinga, masalah sendi temporomandibular, hyperlipidemia, meningitis dan juga siflis.

Tinnitus yang berkaitan dengan masalah saraf tidak mempunyai penjelasan fisiologi yang jelas mungkin disebabkan oleh kecacatan koklear, saraf koklear dan bahagian otak yang mengendalikan pendengaran.

Teori-teori asal-usul tinnitus yang dicadangkan secara umumnya melibatkan sel-sel rambut yang hiperaktif atau ketidakseimbangan kimia di seluruh sendi dalam telinga bawah.

Penilaian

Penilaian dan keterangan pesakit dengan tinnitus harus bermula dengan mengambil sejarah yang teliti. Kualiti bunyi, sama ada ianya berdebar atau tidak, lokasinya, kekuatan, kekerapannya dan faktor-faktor yang mengurangkan atau menaikkan tinnitus perlu diambil kira.

Sejarah jangkitan atau trauma pendedahan bunyi bising, penggunaan ubat-ubatan, sejarah perubatan (sama ada diikuti dengan kurang pendengaran atau vertigo) dan sejarah keluarga berkenaan kehilangan pendengaran.

Prosedur Otomicroscopy umumnya harus dilakukan untuk melihat gegendang telinga dan pergerakannya. Pemeriksaan hidung iaitu sinoscopi perlu dilakukan untuk memastikan tiada patologi hidung yang menyebabkan tinnitus.

Dengan sejarah tinnitus yang berdebar, doktor harus mencari bunyi bruit iaitu bunyi saluran darah yang sempit di mana ia boleh didengar dengan menggunakan stetoskop.

Pesakit pula perlu melakukan senaman ringan untuk melihat jika ini meningkatkan tinnitus berdebar.

Sesetengah kes tinnitus arteriovenous boleh dikurangkan dengan tekanan ringan pada leher dan menukarkan gerakan di bahagian kepala.

Semua pesakit perlu menjalani ujian audiometric termasuk pure tone audimetri, tympanometri dan pengukuran reflex autistic.

Dalam kes vascular, tiub Eustachian bogel atau kekejangan langit-langit tinnitus, gegendang telinga akan menunjukkan perubahan yang sepadan dengan nadi atau pergerakan lelangit.

Masalah Tinnitus digambarkan dengan bunyi yang berdengung, berdesing, gemuruh, berdebar-debar atau klik.
Masalah Tinnitus digambarkan dengan bunyi yang berdengung, berdesing, gemuruh, berdebar-debar atau klik.
Implan koklea juga menjadi alternative yang menunjukkan perubahan dalam kelegaan daripada tinnitus.
Implan koklea juga menjadi alternative yang menunjukkan perubahan dalam kelegaan daripada tinnitus.

Dengan masalah pendengaran asimetri dengan tinnitus, doktor juga akan mungkin dapat mengesyaki bahawa pesakit turut akan mengalami tumor akoustik neuroma.

Kajian darah yang perlu dilakukan adalah termasuk hematocrit, gula, ujian antibodi treponemal, kajian tiroid dan lipid. Antara pengimejan yang kerap dilakukan adalah CT Scan, MRI dan angiografi.

Rawatan

Umumnya terdapat pelbagai rawatan modality untuk tinnitus termasuklah pengubahsuaian diet, ubat-ubatan, alat dengar, rangsangan elektrik, akupunktur, hipnosis dan pembedahan.

Mengelakkan perangsang seperti kopi, the, coklat, minuman kola dan lain-lain ubat-ubatan yang mengandungi kafein serta pemberhentian merokok boleh membantu sesetengah pesakit.

Pesakit haruslah mengelakkan ubat-ubatan yang diketahui untuk menyebabkan tinnitus seperti aspirin dan ubat penahan sakit.

Penggunaan bunyi putih dari radio ini juga membantu dalam kes-kes yang tertentu. Ubat-ubatan banyak telah dikaji untuk rawatan tinnitus, termasuk lidocaine, tocainde, cabamzepine, benzodiazepine, tricyclic antidepresan dan ginko biloba tetapi tidak berkesan dan mempunyai kesan sampingan yang tinggi.

Alat bantuan pendengaran, masker atau kombinasi kedua-duanya boleh membantu sesetengah pesakit. Jika pesakit kehilangan pendengaran, bunyi latar belakang alat bantuan pendengaran juga boleh mengurangkan masalah tinnitus.

Masker yang menghasilkan bunyi untuk menyembunyikan tinnitus dan mengurangkan keseksaan kepada pesakit.

Tinnitus Retraining Therapy adalah satu teknik di mana masker digabungkan dengan kaunseling.

Implan koklea juga telah menunjukkan beberapa perubahan dalam kelegaan daripada tinnitus.

Sesetengah pakar telah melaporkan kejayaan dengan pembahagian saraf koklear kepada pesakit dengan tinnitus yang teruk. Rawatan lain termasuk biofeedback, hypnosis, rangsangan magnetic dan akupunktur. Bagaimanapun bukan semua terapi yang sesuai untuk semua orang.

Tinnitus bukan sahaja suatu masalah serius yang boleh mengganggu kesejahteraan dan kualiti hidup pesakit dan ia juga susah untuk dirawat.

Penyelidikan yang berterusan untuk mekanisme dan rawatan tinnitus adalah amat diperlukan untuk melegakan penderitaan pesakit-pesakit tinnitus.