BANDAR SERI BEGAWAN, 15 April – Bagi memberikan pengajaran, pembelajaran, pengetahuan hidup serta tip-tip yang bermanfaat dalam membina keluarga yang bahagia, Ashabul Haliim Belia Masjid Pengiran Muda Abdul Malik telah mengadakan forum bertajuk ‘Road to Jannah-Membina Keluarga Sakinah (Siri I) di Masjid Pengiran Muda Abdul Malik, Kampung Tungku/Katok, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada forum tersebut ialah Ketua Kampung Katok, Haji Adnan bin Haji Bagol bersama kira-kira 80 orang terdiri daripada belia-belia masjid, jemaah masjid serta orang ramai.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)