Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tip kekal sihat dan cantik

    KULIT yang sihat dan berseri adalah dambaan setiap orang terutamanya golongan wanita. Ramai yang sanggup berbelanja besar pada produk penjagaan kulit seperti krim dan losyen untuk mengekalkan kesihatan kulit. Namun, ada cara lebih mudah dan murah sebenarnya. Berikut adalah tip mudah yang boleh kita gunakan untuk mempunyai kulit yang sihat berseri sepanjang masa:

    1. Amalkan pemakan sihat

    Apa yang kita makan adalah sangat penting. Jadi, untuk mendapatkan kulit yang sihat, pastikan kita bekalkan sel-sel kulit kita nutrien yang berkhasiat. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan seperti beta-karotena, vitamin C, E dan A. Nutrien ini dapat memben-dung dan memelihara kulit dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

    Kebanyakan dari kita agak sibuk dengan urusan seharian dan selalunya tidak mengambil hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran mengikut keperluan harian tubuh. Jadi, pengambilan supplemen adalah pilihan terbaik untuk mengisi jurang nutrisi.

    2.Kekal hidrat

    Kulit kita terdiri daripada 64 peratus air. Jadi, secara logiknya untuk dapatkan kulit yang lebih baik, kita haruslah pastikan diri kekal hidrat sentiasa. Dengan pengambilan air yang mencukupi, kulit kelihatan segar dan lembap. Garis-garis halus dan juga liang pori akan kurang kelihatan.

    Di samping itu, air diperlukan untuk pelbagai struktur di dalam kulit untuk berfungsi dengan berkesan termasuk sokongan kolagen untuk mendapatkan kulit sihat, terhidrat yang bersinar.

    Kulit kita terdiri daripada 64 peratus air. Jadi, secara logiknya untuk dapatkan kulit yang lebih baik, kita haruslah pastikan diri kekal hidrat sentiasa. Dengan pengambilan air yang mencukupi, kulit kelihatan segar dan lembap. Garis-gari halus dan juga liang pori akan kurang kelihatan.

    3. Posisi tidur yang betul

    Cara kita tidur boleh memberi kesan kepada kulit kita. Tidur dengan satu sisi muka disembamkan di bantal boleh menyebabkan inden dalam kulit kita dari lipatan bantal, menyebabkan keriput atau garis tidur yang mendalam di dahi atau pipi kita. Walaubagaimanapun, berbaring secara terlentang atau menggunakan sarung bantal satin atau sutera boleh meminimumkan semua ini.

    4. Pakai pelindung sinaran matahari

    Sedikit pendedahan cahaya matahari pada kulit adalah bermanfaat untuk menghasilkan vitamin D tetapi terlalu banyak matahari akan merosakkan elastin dalam kulit, menyebabkan ia menjadi tegang dan rosak lebih mudah. Jika kita benar-benar perlu berada di bawah sinaran matahari, gunakan pelindung matahari yang tinggi kuasa perlindungannya. Meningkatkan pengambilan karatenoids juga boleh membantu melindungi kulit kita daripada kerosakan matahari

    5. Amalkan pemakaian pelembab

    Memakai sedikit pelembap selepas mencuci muka adalah langkah terbaik kerana ia adalah cara yang baik untuk menghalang sebarang penghidratan tambahan pada kulit.

    6. Dapat tidur yang mencukupi

    Semasa tidur, peningkatan hormon pertumbuhan membolehkan pembaikan sel-sel yang rosak, sementara air berlebihan dalam badan diproses untuk dikeluarkan. Tidak mendapat tidur yang cukup atau kurang tidur berkualiti boleh mengakibatkan pembaharuan sel yang lemah dan sembap di bawah mata anda, lingkaran hitam di bawah mata, kulit kering dan kedutan muncul.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda