Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tip menghalau cicak dari rumah

    PASTI masalah tahi cicak memenuhi ruang tingkap dan kaki lima rumah adalah menjadi kebiasaan bagi semua orang, ia bagaikan tiada penghujung bagaimana untuk mengatasi masalah ini.

    Ada mereka yang bertindak membunuh reptilia berkenaan, namun masalah yang dihadapi adalah bau busuk yang agak kuat apabila reptilia ini menjadi bangkai yang gagal dikesan, apabila membunuhnya nanti akan ada cicak ‘baharu’ yang akan muncul.

    Ada juga langkah lain yang kita lakukan untuk menghalau cicak dari kediaman ialah dengan menggunakan siling kapur. Pun begitu, ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk memasangnya. Oleh itu, di sini dikongsikan 10 cara yang murah dan senang untuk diikuti:

    1. Serbuk kopi

    Caranya mudah, campurkan serbuk kopi dengan serbuk tembakau dan sedikit air. Bentukkan bulat-bulat kecil. Kemudian, lekatkan pada hujung pencungkil gigi dan letakkan di sudut rumah yang gelap terutama belakang almari, perabot dan sebagainya. Apabila cicak ternampak, ia akan memakan bahan tersebut dan mati. Anda kemudian bolehlah buangkan bangkainya seminggu sekali.

    2. Bawang putih

    Gantungkan bawang putih di sekeliling rumah atau jadikan ia dalam bentuk jus dan masukkan ke dalam bekas semburan. Sembur di bahagian yang mudah didekati cicak.

    Cicak sangat takut kepada kucing, jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya!

    3. Bawang besar

    Anda juga boleh menggunakan bawang besar jika tiada bawang putih. Praktikkan kaedah yang sama iaitu potong kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam kantung. Gantungkan di bahagian kediaman yang berpotensi didatangi cicak. Ataupun anda juga boleh mengisar bawang besar dan dapatkan perahan jus. Simpan di dalam botol semburan dan sembur di kawasan tersebut.

    4. Kertas lalat

    Lekatkan di bahagian dinding yang anda sering terlihat cicak itu. Apabila cicak terlekat pada kertas tersebut, anda kemudiannya bolehlah membuangnya.

    5. Cili kering

    Gantungkan sebungkus cili kering di kawasan yang banyak cicak. Bau cili kering itu akan menyebabkan ketidak hadiran cicak.

    6. Bela kucing

    Cicak sangat takut kepada kucing, jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya!

    7. Kulit telur ayam

    Cicak sangat alergik dengan mineral kulit telur ayam. Caranya adalah basuh dan keringkan kulit telur ayam itu dalam dua atau tiga hari. Pecahkan pada saiz yang kecil. Letakkan di mana-mana untuk mengelakkan cicak berkunjung.

    8. Bunuh serangga

    Pastinya anda mengetahui bahawa serangga adalah makanan cicak. Jadi anda seharusnya membunuh serangga terlebih dahulu. Sekiranya rumah anda tiada serangga, pastinya cicak juga tiada!

    9. Jaga kebersihan rumah

    Pastikan rumah anda sentiasa bersih dan kemas bagi mengelakkan kehadiran cicak. Pastikan tiada sisa makanan di dapur atau di mana sahaja. Pastikan bekas minuman ditutup.

    Minuman yang tidak diminum habis, seeloknya ditutup bagi mengelakkan cicak berkunjung dan selepas itu anda meminumnya semula. Awas! cicak merupakan binatang yang bertoksik. Jadi, cuba elakkan perkara yang boleh menarik perhatian cicak.

    10. Air dan cili api

    Cicak sangat tidak sukakan campuran air dan cili api. Ambil empat hingga lima biji cili padi dan bancuhkan bersama air. Masukkan dalam botol semburan. Kemudian disemburkan di tempat yang ada cicak.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda