SEMUA orang suka donat gebu dan lembut, bukan? Paling penting, biarpun sudah lama dibuat tapi ia tetap lembut. Kebanyakan donat memang sedap, tapi bila sudah sejuk, rasanya pasti kurang. Lepas itu liat pula.
Macam mana nak buat donat agar sentiasa gebu walaupun sudah lama? Kalau dimakan waktu panas pun sedap, waktu sejuk pun juga masih sedap. Di sini dikongsikan resipi untuk menghasilkan donat gebu:
Bahan-bahan:
-3 cawan tepung gandum.
-1 cawan air suam.
-2 sudu besar mentega.
-4 sudu besar gula pasir.
-3 sudu besar susu pekat.
-1 paket yis.
-1 biji telur.
Cara membuat:
1.Cairkan mentega dan ketepikan. Kemudian larutkan gula dan susu di dalam air suam. Masukkan yis dan sebatikan. Biar selama 10 minit.
2.Pukul telur dan campurkan bersama mentega cair. Yis akan berbuih-buih pada waktu ini. Campurkan bersama mentega.
3.Kemudian masukkan kesemuanya ke dalam tepung gandum dan gaul menggunakan senduk kayu. Rehatkan adunan selama 45 minit.
4.Ambil adunan dan bentuk bulat menggunakan acuan. Biarkan seketika doh yang sudah diterap tadi sekali lagi anggaran dalam 5 minit.
5.Kemudian goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Balik-balikkan sehingga warna donat bertukar keemasan. Lepas itu bolehlah diangkat.
6.Salut donat bersama gula atau apa sahaja topping kegemaran anda.
Tip agar donat gebu
– Pastikan acuan anda diletakkan sedikit tepung bagi mengelakkan adunan melekat padanya.
-Pastikan yis betul-betul berbuih sebelum dicampur ke dalam adunan.
-Guna air suam untuk bancuh yis. Jangan guna air panas kerana ia akan menyebabkan yis mati.
-Setelah doh siap diadun, rehatkan secukupnya bagi memastikan doh kembang.
-Tip mudah untuk menyalut donat dengan gula adalah dengan meletakkannya ke dalam zip lock bag. Kemudian digoncang agar gula rata pada donat. – Agensi