Tip panaskan piza agar sentiasa ‘segar’

RAMAI orang yang menyukai piza, bukan? Lebih-lebih lagi ia kini mudah didapati dan mana-mana restoran piza pasti menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke muka pintu.

Piza memang enak jika dihidang panas, segar dari ketuhar dan paling nikmat bila ia tebal dengan keju.

Jika anda gemar makan piza tapi tidak mampu menghabiskan satu kotak, mungkin timbul rasa sedih sebab piza yang panas, bau keju bertukar sejuk dan liat pada keesokan harinya.

Sebenarnya kita semua telah melakukan teknik yang salah untuk memanaskan semula piza. Di sini dikongsikan beberapa tip untuk memanaskan piza semalam:-

Kesalahan

1.Guna mikrogelombang atau ketuhar

Menggunakan mikrogelombang atau ketuhar sudah menjadi perkara biasa kerana ia pantas dan tidak perlu menunggu seperti tunggul di hadapan dapur.

Hanya tekan, pilih masa dan biar begitu sahaja. Namun mikrogelombang tidak memanaskan piza secara menyeluruh. Anda akan dapat rasa bahagian tengah piza masih sejuk dan rotinya pula akan jadi liat.

Cara betul

1.Kuali leper besi

Jangan terlalu malas. Cara yang paling tepat ialah menggunakan teknik pemanasan di dapur dengan kuali leper. Anda boleh kawal api dapur dan kawalan hangat dari kuali juga lebih bagus dari mikrogelombang.

2.Guna api sederhana

Kawal api dapur dengan tahap sederhana supaya ia masih mengekalkan rasa rangup pada kerak tepi piza. Anda tidak perlu menambah minyak ketika memanaskan piza tapi anda harus bijak mengawal api. Jika api terlalu besar, piza boleh hangus pula.

3.Tutup

Semasa memanaskan piza, pastikan anda tutup kuali dengan penutup supaya suhu dijaga secara menyeluruh. Cara ini juga untuk memanaskan setiap lapisan piza lebih baik.

4.Cucuk

Sama seperti masak kek, anda kena cucuk sedikit menggunakan garfu untuk memastikan piza cukup panas di bahagian dalam. Kalau masih sejuk, jaga api dan tunggu lagi beberapa minit. – Agensi

Cara paling tepat ialah menggunakan teknik pemanasan di dapur dengan kuali leper. Anda boleh kawal api dapur dan kawalan hangat dari kuali juga lebih bagus dari mikro gelombang.