Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tip pilih set meja makan berkualiti, tahan lama

    SALAH satu perabot yang sangat penting dan wajib ada dalam sesebuah rumah ialah set meja makan. Di sinilah, seisi keluarga meluangkan masa untuk menikmati juadah sambil mengeratkan ikatan kekeluargaan.

    Oleh itu, pemilihan meja makan yang tepat dan sesuai adalah sangat penting. Jika anda sedang merancang untuk membeli meja makan dalam masa terdekat, berikut adalah tip dan cara tepat memilih meja makan:

    1.Ukur ruang makan

    Catat saiz ruang makan terlebih dahulu sebelum memilih perabot. Jangan congak sahaja. Anda perlu ukur saiz ruang yang ada untuk kesesuaian meja makan yang akan diletak di ruang makan tersebut.

    Ukuran meliputi seluruh kawasan ruang tersebut dan meninggalkan sedikit ruang lebih kurang 42 inci untuk keselesaan di bahagian ruang makan. Catat ukuran yang dibuat kerana ditakuti set meja makan tersebut terlalu besar berbanding ruang yang dicadangkan sebagai ruang makan.

    Salah satu perabot yang sangat penting dan wajib ada dalam sesebuah rumah ialah set meja makan. Di sinilah, seisi keluarga meluangkan masa untuk menikmati juadah sambil mengeratkan ikatan kekeluargaan. – Agensi
    Untuk ruang yang luas, meja segi empat dan mempunyai banyak kerusi lebih sesuai. – Agensi

    2 .Pilih bentuk meja makan

    Ada beberapa perkara perlu diambil kira dalam menentukan bentuk meja makan yang sesuai dengan ruangan tertentu. Untuk ruang makan kecil, pilihlah meja makan bulat supaya terdapat ruang kosong dan tidak membuat ruangan nampak terlalu ‘sesak’.

    Untuk ruang yang luas, meja segi empat dan mempunyai banyak kerusi lebih sesuai. Ia boleh dimuatkan lebih ramai orang berbanding jenis meja makan yang lain. Tetapi ada sedikit kekurangan apabila memilih meja makan besar, anda sukar untuk mencapai hidangan makanan.

    3. Pilih material

    Jika anda ingin meja makan yang dihasilkan dari kayu yang bersifat kukuh, pilihlah material kayu keras (hardwood) seperti mahogani, walnut, maple, oak atau jati. Jangan pilih yang bersifat komposit atau gabungan, misalnya MDF (Medium Density Fiberboard).

    MDF ialah material dari campuran kayu keras dan halus yang dikompres menjadi bentuk papan. Biarpun tahan lama, tapi tak sekuat dan sekukuh jenis hardwood. Mungkin harganya akan sedikit lebih mahal, namun jika yang anda cari adalah meja makan yang tahan lama hingga berpuluh-puluh tahun, lebih baik memilih hardwood. Sementara bagi anda yang kurang suka meja kayu, pilihlah dari bahan metal atau marmar.

    4.Pilih konsep atau tema

    Pemilihan meja makan juga mengambil kira faktor konsep yang diguna pakai di dalam kediaman. Moden, klasik, minimalis, gaya Inggeris atau gabungan, ia pasti sahaja mampu meningkatkan nilai estetika sesebuah kediaman. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri, konsep mana yang menjadi pilihan.

    5. Dapur dengan ruang makan

    Untuk ruang makan yang bersambung atau di ruang dapur, anda boleh memilih meja makan yang lebih kasual kerana kedua-duanya saling berkaitan dan sering digunakan.

    6.Meja makan mampu menampung bilangan penghuni. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda