INGIN selalu berbau wangi? Di sini dikongsikan lima tips mudah untuk minyak wangi kekal lama di badan. Ada segelintir yang kata, minyak wangi yang mahal dan berjenama saja boleh bertahan lama. Sebenarnya kalau anda tahu cara pemakaian wangian yang betul, minyak wangi berharga $10 sebotol pun boleh membuatkan badan anda wangi untuk berjam-jam lamanya.
Antara tips mudah untuk minyak wangi kekal lama
1-Semburkan minyak wangi sebelum siap berpakaian: Kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai individu adalah menyemburkan minyak wangi pada baju dan bukannya pada badan. Kalau anda mahu kekal wangi sentiasa, anda perlu semburkan minyak wangi terus pada badan. Haba dari badan kkita akan mengaktifkan bau minyak wangi tersebut dan membuatkan badan kita sentiasa berbau wangi. Kalau sembur pada baju, memang bau wangi akan cepat hilang.
2-Jangan gosok selepas sembur minyak wangi: Satu lagi yang kerap dilakukan adalah teknik menggosok minyak wangi pada badan selepas menyembur, betul tak? Sebenarnya bila kita menggosok minyak wangi itu pada badan, kita telah menghancurkan molekul wangian tersebut. Ini akan menyebabkan bau minyak wangi tersebut menjadi agak berbeza dan seringkali kurang wangi. Teknik yang betul adalah dengan semburkan minyak wangi terus pada kulit dan biarkan sahaja.