Tipu atau benar: manusia merentas masa

Oleh Adiiwira

Kembali ke masa lalu atau pergi ke masa hadapan merupakan sesuatu perkara yang agak mustahil jika difikirkan oleh akal fikiran yang sihat. Hal ini kerana kita mengetahui ia sesuatu perkara yang tidak masuk akal dan tidak akan pernah terjadi pada bila-bila masa dan di mana pun kita berada.

Jikalau perkara ini benar-benar terjadi mungkin semua manusia ingin mengubah nasib mereka menjadi lebih baik. Menurut penulis, kita sebagai umat Islam tidak perlu mempercayainya kerana yang berkuasa hanyalah Allah SWT yang menciptakan segala-galanya yang ada ketika ini dan hanyalah Dia yang mengetahui segala-galanya.

Namun, tujuan penulis mengongsikan ruangan ini adalah untuk mengetahui dan membuka minda pembaca tentang beberapa kisah yang dikatakan berhubung kait dengan masa lampau dan hadapan. Walau bagaimanapun, sejauh mana kebenarannya belum ada sesiapa yang dapat membuktikannya benar atau tidak kerana kisah-kisah ini boleh saja direka semata-mata demi mendapatkan populariti.

Apa yang penulis ketahui, untuk kembali ke masa lampau atau hadapan ini memerlukan alat untuk pergi ke suatu masa atau tempat. Seperti mana yang digambarkan dalam filem Back To The Future yang memerlukan kenderaan untuk pergi ke suatu masa. Namun, hakikatnya bagi penulis ia hanyalah fiksi yang direka atau satu penipuan yang bertujuan sebagai hiburan.

Dalam ruangan ini, penulis mengongsikan beberapa kisah yang dikatakan seseorang pernah kembali ke masa lampau atau pergi masa hadapan:

John Titor diberikan misi kembali ke tahun 1975. – Agensi
Gambar mesin waktu yang pernah digunakan Titor dengan jelas. – Agensi
Andrew mengaku dirinya sudah mengetahui pasaran saham masa depan kerananya dirinya berasal dari tahun 2256. – Agensi
Seragam Polis Perancis di awal 1900an yang dikatakan dilihat oleh empat sahabat. – Agensi

Kisah John Titor yang mengaku berasal dari tahun 2036

Pada bulan November 2000, terdapat satu berita mengkhabarkan tentang seorang lelaki bernama John Titor yang mengaku dirinya berasal dari tahun 2036. Lelaki itu dikatakan mengaku sebagai seorang tentera yang bermarkas di Tampa, Florida.

Lelaki itu juga menyatakan pemerintah memberinya misi untuk kembali ke tahun 1975 untuk mengambil sebuah komputer IBM 5100 untuk digunakan menyelesaikan masalah komputer pada tahun 2036.

Titor pernah menyiarkan gambar mesin waktu yang digunakannya dengan jelas. Malah Titor juga mengaku pernah singgah sebentar pada tahun 2000 untuk urusan peribadi. Titor menerangkan, berlakunya perpecahan antara warga sivil di Amerika Syarikat yang sudah dimulai sejak tahun 2004 yang akhirnya memicu perang sivil pada tahun 2008. Jelas Titor lagi pada tahun 2015, AS sudah terbahagi menjadi lima wilayah dan Perang Dunia ketiga akan terjadi. Walau bagaimanapun, kita sudah melalui tahun-tahun yang dinyatakan, namun tiada perkara yang dijelaskan terjadi.

Kembali ke tahun 1905

Melakukan perjalanan atau pengembaraan ke suatu tempat bersama rakan satu perkara yang menyeronokkan. Namun, jika perjalanan itu menjadi satu peristiwa aneh dalam hidup setentunya membuatkan kita diam terpaku dan tidak mempercayainya berlaku.

Seperti kisah empat orang sahabat pada tahun 1979, Geoff, Pauline Simpson, Len dan Cynthia Gisby sedang bercuti di Perancis. Dikisahkan empat orang sahabat ini menginap di sebuah hotel berdekatan dengan jalan yang biasa mereka lalui.

Namun terdapat sesuatu yang aneh dengan hotel tersebut iaitu pintu disetiap bilik hanya mempunyai pasak yang diperbuat dari logam tanpa lubang kunci dan penutup jendelanya terbuat dari bilah papan tebal tanpa kaca.

Apa yang aneh lagi, pada keesokan harinya ketika mereka sarapan di hotel, mereka berempat melihat dua orang polis yang mengenakan seragam zaman dahulu yang lengkap dengan sayap jubah di belakangnya. Bukan hanya itu, bayaran untuk penginapan mereka cukup murah berbanding hotel yang lain. Di mana mereka hanya membayar sekitar 19 franc berbanding yang lain bayarannya sekitar 200 franc.

Meskipun mereka merasa aneh, mereka berniat untuk kembali untuk menginap di hotel berkenaan. Namun, niat mereka tinggal harapan kerana mereka tidak menjumpai hotel tersebut dan ternyata segala yang mereka alami sebelumnya adalah ketika pada tahun 1905. Pelik dan aneh.

Kisah penipuan Andrew Carlssin dalam perdagangan

Jika benar kembali ke masa lampau atau pergi ke masa hadapan ini sesuatu perkara benar, setentunya ramai yang akan mahu mengubah nasib masing-masing. Namun, kita harus bersyukur kerana semua ini hanya dusta kerana boleh sahaja jika perkara ini benar berlaku berkemungkinan dunia dalam huru-hara.

Andrew Carlssin merupakan seorang lelaki yang dikatakan pernah melakukan penipuan dalam perdagangan pada tahun 2000. Andrew Carlssin ditangkap oleh FBI karena melakukan insider trading, berinverstasi AS$800 dan hanya dalam dua minggu, kekayaannya mencapai AS$350 juta. Hal ini kerana Andrew melakukan perdagangan sebanyak 126 kali tanpa gagal.

Hasil pembacaan penulis, di dalam The Guardian mengatakan, ketika Andrew disoal siasat oleh pihak FBI di atas tuduhan melakukan penipuan, Andrew mengaku dirinya sudah mengetahui pasar saham masa depan ke-rananya dirinya berasal dari tahun 2256. Kalau penulis sendiri mendengar setentunya tidak akan mempercayainya dan mengatakan semua itu hanyalah dusta semata-mata.

Dikhabarkan Andrew menghilang begitu sahaja setelah dibebaskan dan ada yang mengatakan dirinya telah kembali ke tahun 2256.

Hakan Nordkvist bertemu dengan versi tuanya

Kisah seterusnya ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Hakan Nordkvist yang mengaku berjumpa dengan versi tuanya. Menurut khabar, Hakan terjatuh di dapur rumahnya dan merasakan dirinya memasuki sebuah warmhole. Setelah sedar dari pengsannya, Hakan melihat seorang lelaki tua yang memiliki tatu yang sama dengan dirinya pada tahun 2042.

Menurut Hakan, ternyata lelaki tua itu adalah dirinya sendiri dan dia dengan segeranya mengambil telefon bimbitnya untuk mengambil video dan membandingkan tatu dengan dirinya di masa depan.

Meskipun Hakan merasakan video tersebut dapat dijadikan bukti kukuh, namun orang ramai yang melihat video yang tersebar di internet itu sebagai sesuatu yang dibuat-buat. Malah merasakan video itu hanyalah satu iklan perusahaan insurans untuk perencanaan ketika sudah bersara.

Jika kita merasakan pernah kembali ke masa lalu atau pergi ke masa depan, ia hanyalah satu mimpi yang agak mustahil untuk terjadi. Kita sebagai hamba Allah seharusnya yakin bahawa segala perkara termasuk masa lalu, depan dan sebagainya hanya Allah yang mengetahui.