Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Tite pertahan samba Brazil

    DOHA, 8 DIS – Jurulatih Brazil, Tite membalas kritikan mengenai tarian pemainnya semasa meraikan gol kemenangan menentang Korea Selatan baru-baru ini, dan menafikan tuduhan yang mengatakan mereka menunjukkan kurang rasa hormat.

    Pasukan pilihan kejohanan itu mempamerkan aksi rancak apabila mereka menewaskan Korea Selatan 4-1 pada Selasa lalu dan meraikan gol mereka dengan tarian, yang turut disertai oleh Tite pada satu masa.

    Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi di luar Brazil dan tarian oleh Neymar serta rakan sepasukannya telah menjadi buah mulut orang menjelang aksi suku akhir bertemu Croatia pada Jumaat ini di Doha.

    “Ini bukannya pasukan kebangsaan saya. Ini pasukan kebangsaan Brazil yang mana saya mempunyai tanggungjawab sebagai jurulatih,” kata Tite semasa sidang media kelmarin.

    “Saya mohon maaf kepada orang yang tidak tahu sejarah dan budaya Brazil.”

    Tite, berusia 61 tahun, yang menyertai Piala Dunia kali kedua sebagai jurulatih Brazil, dan dijangka bakal bersara pada penghujung kejohanan ini, memberi bayangan yang dia kurang selesa mengikuti tarian tersebut namun mengaku dia mahu mengekalkan hubungan dengan para pemainnya.

    “Saya sudah berusia 61 tahun dan pemain-pemain ini hampir sebaya dengan cucu-cucu saya, namun saya mempunyai hubungan rapat dengan mereka.

    “Jika saya perlu menari, saya akan menari. Saya akan melakukannya dengan kurang menonjol dan menyuruh mereka untuk menyorokkan saya. Ia bukanlah cara saya,” katanya.

    Tekanan ke atas generasi bintang baharu Brazil adalah besar apabila mereka dijangka bakal menjulang trofi Piala Dunia untuk kali keenam, dua dekad selepas kali terakhir Selecao menjulang trofi di Japan pada tahun 2002. – AFP

    (Dari kanan): Pemain Brazil, Neymar menari bersama rakan sepasukannya, Lucas Paqueta, Raphinha dan Vinicius Junior selepas menjaringkan gol semasa menentang Korea Selatan di Stadium 974, Ar-Rayyan, Qatar, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...