Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Titi Kamal kongsi tip rumahtangga kekal bahagia

    Lebih 10 tahun berkahwin, pasangan pelakon Titi Kamal dan Christian Sugiono dilihat terus bahagia kerana tidak banyak cerita tentang masalah rumah tangga mereka.

    Bagi Titi yang popular menerusi watak Maura dalam filem Ada Apa Dengan Cinta, dia dan suami ada cara tersendiri bagaimana memastikan perkahwinan sentiasa harmoni.

    “Jika sedang marah jangan terbawa-bawa perasaan. Tenang dahulu dan jangan terlalu ikut ego sendiri.

    “Suami boleh berkompromi tentang apa yang isteri tidak suka dan begitulah sebaliknya,” jelas Titi.

    Tambahnya lagi jika berlaku sebarang salah faham, dia dan suami sama-sama akan mengalah dan mengelak daripada keluar rumah.

    “Kalau ada berlaku salah faham, ambil ruang sendiri untuk tenangkan diri. Apa yang penting jangan keluar rumah ketika bergaduh, tetap berada di rumah dan cuba selesaikan masalah,” ujarnya.

    Hasil perkahwinan dengan Christian, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arjuna Zayan Sugiono dan Kai Attar Sugiono. – Agensi

    Titi Kamal dan Christian Sugiono dilihat terus bahagia kerana tidak banyak cerita tentang masalah rumah tangga mereka. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...