Thursday, February 9, 2023
26.1 C
Brunei

-

Titik beratkan penyelenggaraan kenderaan

Baru-baru ini saya nyaris mengalami kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian pemandu lain.

Kejadian berlaku semasa saya memasuki jalan menuju ke STKRJ Lambak Kanan dari jalan Salambigar, di mana saya tidak mengetahui kenderaan di depan saya menghentikan kenderaannya kerana lampu brek dan signal kenderaannya sudah rosak.

Mujurlah saya sempat menghentikan kereta saya dan tiada kereta lain di belakang. Beginilah sikap sesetengah pemandu di negara kita, tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, sering mengabaikan penyelenggaraan dan tidak menjaga kenderaan mereka dengan baik malah disebabkan itu, ia boleh membahayakan pemandu lain di atas kecuaian mereka.

Para pemilik kenderaan di negara ini perlulah menitikberatkan penyelenggaraan kenderaan masing-masing dan jangan hanya tahu menggunakannya. Ini kerana ia bukan saja membawa bahaya kepada diri sendiri malah melibatkan orang lain yang boleh membawa kepada kemalangan yang tidak diingini.

Diharap pihak relevan juga memeriksa keadaan kenderaan-kenderaan di negara ini untuk memberikan teguran kepada pemilik supaya memperbaikinya.

Anne

Kebanyakan pemilik kereta mengabaikan penyelenggaraan dan tidak menjaga kenderaan mereka dengan baik seperti membiarkan lampu brek tidak menyala.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kim Jong Un bawa anak perempuan lawat markas tentera

SEOUL, KOREA SELATAN, 8 FEB - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un membawa anak perempuannya melawat kem tentera bagi menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan...
- Advertisment -