Tiz Zaqyah bosan dengan golongan anti vaksin

Mungkin bosan melihat sikap golongan anti vaksin yang sering memberi pelbagai alasan di media sosial, membuatkan bintang drama bersiri popular Nur Kasih dan Sara Sajeeda, Tiz Zaqyah berkongsi pandangannya di laman Twitter hari ini.

Pelakon jelita ini menyuarakan pandangannya, dengan menyifatkan sikap golongan anti vaksin yang sering berdolak-dalih memberi alasan mengenai vaksin sebagai membosankan dan mahu golongan tersebut ‘move on’.

“Cakap saja, anda tidak mahu vaksin sebab anda tidak mahu. Lagi pun anda semua beri alasan yang sama, ianya bosan. ‘Moving on’,” kongsinya di Twitter – Agensi