Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    TLDB terima kunjungan peserta bengkel UNCLOS

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Tentera Laut Diraja Brunei telah mengadakan satu taklimat di Pusat Latihan Tentera Laut untuk peserta Bengkel Konvensyen Bangsa Bangsa Bersatu tentang Undang-undang Laut (UNCLOS) ASEAN anjuran Yayasan Max Planck untuk Keamanan Antarabangsa dan Undang-undang yang menumpukan pada tugas-tugas Tentera Laut Diraja Brunei.

    Acara tersebut dimulakan dengan ucapan selamat datang oleh Pemangku Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Kapten Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin,.

    Lawatan berkenaan diakhiri dengan lawatan ke kapal KDB DARULAMAN di Jeti Bravo, yang memberikan peluang kepada kumpulan untuk berinteraksi dengan anak kapal, diikuti dengan pertunjukan kebudayaan yang menarik yang dipersembahkan oleh anak kapal.

    Duta Jerman, Gerda Winkler serta kumpulan yang melawat menyatakan penghargaan mereka terhadap lawatan berkenaan yang merupakan sorotan utama bengkel dan menambah kefahaman mereka tentang isu-isu maritim.

    Kapten Haji Mohamad Sarif Pudin menyampaikan taklimat semasa lawatan berkenaan.
    Atas & Bawah: Sesi bergambar ramai semasa lawatan berkenaan.

    Salah satu persembahan semasa lawatan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN TLDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda