Thursday, November 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    TLF raikan ekosistem sastera Brunei

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Tiny Lit Fest (TLF), festival tempatan meraikan ekosistem sastera Brunei yang diadakan untuk tahun ketiga berturut-turut telah bermula pada 6 Disember lalu dan akan berjalan hingga 12 Disember ini.

    Sepanjang acara berkenaan, rakan festival akan menganjurkan 18 acara mikro termasuk dialog pengarang, bengkel penulisan, buku panel, ucapan lisan dan persembahan teater, jurnal dan kesejahteraan acara, kuiz dan banyak lagi.

    Salah satu acara kemuncak festival itu adalah dialog bersama penulis cerita fantasi yang memenangi anugerah, Zen Cho pada 10 Disember ini.

    Dengan situasi semasa COVID-19, semua acara festival berkenaan akan diadakan secara maya dengan pelancaran TLF 2021 telah diadakan kelmarin melalui Zoom yang dihadiri oleh 70 orang.

    Tahun ini, TLF disokong oleh Suruhanjaya Tinggi Australia dan Festival Disember Brunei dan ditaja oleh Progresif, Ctrl+ Creative dan Nollybook.

    Festival berkenaan telah dimulakan dengan perbincangan panel mengenai sastera dan kesihatan mental yang menampilkan Penolong Profesor di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam, Dr Hannah Ming Yit Ho dan pakar psikologi di Kementerian Kesihatan, Dayang Fauziyyah Hanani binti Haji Abdul Manap selaku penceramah.

    LOGO BDF

    Dr Hannah Ming Yit Ho semasa perbincangan panel bagi memulakan festival berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...