Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    TNB, Laos meterai perjanjian tenaga untuk bekalan ke S’pura

    KUALA LUMPUR, 22 JUN – Tenaga Nasional Bhd (TNB) kelmarin telah menandatangani Perjanjian Energy Wheeling (EWA) untuk penjualan, penghantaran dan pembelian tenaga elektrik pada minimum 30 megawatt (MW) sehingga 100 MW dari Laos ke Singapura melalui Thailand dan Malaysia dengan menggunakan kemudahan kesaling-hubungan sedia ada yang dimiliki oleh semua negara yang terlibat.

    Perjanjian EWA itu ditandatangani antara TNB, Electricité du Laos (EDL) dan Electricity Generating Authority of Thailand (EGAT), menurutnya dalam makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin.

    TNB berkata, EWA akan berkuat kuasa selama dua tahun mulai 22 Jun, 2022. Di bawah EWA itu, TNB berperanan untuk menghantar tenaga yang dihasilkan dari Laos ke Singapura. 

    “TNB tidak bertanggungjawab untuk menambah sebarang kekurangan tenaga yang dihantar dari Laos oleh EDL. EDL akan membayar caj wheeling kepada TNB untuk perkhidmatan itu,” katanya.

    Perjanjian EWA tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham terbitan dan berbayar serta pemegang saham utama TNB dan memberi kesan neutral ke atas pendapatan TNB sepanjang tempoh EWA. 

    Tiada pengarah atau pemegang saham utama TNB dan/atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, berkaitan dengan perjanjian itu, tambah TNB. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...