Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    TNB, Petronas, IHI jalankan ujian pertama pembakaran bersama ammonia

    KUALA LUMPUR, 7 OGOS – Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Research Sdn Bhd (TNBR) dan TNB Power Generation Sdn Bhd, bersama IHI Power System Malaysia Sdn Bhd dan Petronas Hydrogen Sdn Bhd, berjaya menjalankan ujian pembakaran bersama ammonia sebagai sebahagian daripada inisiatif menyahkarbonkan sektor tenaga negara. 

    Menurut TNB dalam kenyataan hari ini, ujian pembakaran bersama ammonia dan arang batu tersebut dijalankan di pusat kemudahan pelantar ujian TNBR di Kajang, Selangor baru-baru ini.

    Katanya, eksperimen pembakaran bersama ammonia tersebut menempa kejayaan apabila pelepasan karbon dioksida (CO2) dan sulfur dioksida (SO2) yang direkodkan didapati berkurangan mengikut kadar pembakaran.

    “Malahan, tiada kesan tindak balas ammonia pada laluan keluar relau ketika ujian dijalankan. Suhu pembakaran juga tidak menunjukkan perbezaan ketara,” katanya. 

    TNB berkata hasil ujian dilihat memenuhi objektif eksperimen menuju nyahkarbon, seterusnya mengukuhkan lagi peluang TNB untuk mewujudkan projek rintis stesen janakuasa rendah karbon sekiranya memperoleh persetujuan daripada pihak berkuasa. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...