Thursday, September 19, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    To Lam dinamakan pemimpin tertinggi Vietnam

    HANOI, 4 OGOS – Presiden Vietnam, To Lam secara rasmi dinamakan sebagai pemimpin tertinggi negara kelmarin, berikrar untuk ‘mempercepatkan’ kempen anti-rasuah menyeluruh yang telah menjerat ribuan penduduk.

    Parti Komunis memilih setiausaha agung Lam pada sesi pagi, kata parti itu pada sidang media, menjadikannya tokoh paling berpengaruh dalam struktur kepimpinan Vietnam.

    Pelantikan Lam berlaku dua minggu selepas kematian Setiausaha Agung Nguyen Phu Trong, pemimpin paling berkuasa Vietnam dalam beberapa dekad, yang mempengerusikan tindakan keras terhadap rasuah.

    Dalam ucapan pertamanya sebagai setiausaha agung, Lam berjanji untuk ‘mempercepatkan’ kempen yang telah menyaksikan ramai pegawai atasan dan pemimpin perniagaan kanan menghadapi pertuduhan.

    “(Saya akan) terus mempercepatkan kempen anti-rasuah… tanpa mengira siapa orang itu,” kata Lam.

    “Kami telah mendapat kepercayaan orang ramai dan rakan antarabangsa, dalam perjuangan kami.”

    Setiausaha agung parti itu adalah tokoh paling berkuasa dalam struktur kepimpinan Vietnam, dengan presiden memegang peranan perwakilan termasuk bertemu rakan-rakan sejawat asing.

    Lam menjadi presiden pada Mei selepas pendahulunya meletak jawatan di tengah-tengah kempen anti-rasuah besar-besaran.

    Tidak jelas sama ada Lam secara serentak akan terus berkhidmat sebagai presiden. – AFP

    Setiausaha Agung Parti Komunis dan Presiden Vietnam, To Lam bercakap semasa sidang media di Pusat Konvensyen Nasional di Hanoi pada 3 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda