Token sebagai penghargaan untuk penderma darah

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 21 OGOS – Sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang menderma darah, Kelab Rotary Belait mengumumkan bahawa token penghargaan akan diberikan kepada penderma darah pada kempen yang akan diadakan esok.

Dianjurkan dengan kerjasama Hospital Suri Seri Begawan dan disokong oleh Aewon Brunei dan Restoran Buccaneer, presiden Kelab Rotary Belait selaku pengerusi kempen, Henritta Hiew, berkata kempen yang akan diadakan dari pukul 9 pagi hingga 3 petang itu bertujuan membantu menambah bekalan darah untuk mereka yang memerlukan di hospital.

Sehubungan itu, beliau berkata sebagai tanda penghargaan, penderma akan diberikan edisi terhad kemeja-T dan hadiah khas sebagai kenangan menderma darah dan juga memberikan motivasi kepada mereka untuk menderma darah.

Selain itu, beliau juga berkata 30 penderma yang datang awal yang berjaya menderma darah mereka semasa kempen juga akan menerima hadiah misteri yang disediakan khas oleh kelab Rotary. Makanan ringan akan disajikan semasa kempen.

Penderma darah akan diberikan edisi terhad kemeja-T dan hadiah khas sebagai kenangan menderma darah. – Gambar oleh Kelab Rotary Belait