Tokoh fizik bijaksana
Stephen William Hawking merupakan seorang ahli fizik teori, ahli kosmologi, penulis England dan Pengarah Penyelidikan di Pusat Teori Kosmologi di dalam Universiti Cambridge. Stephen Hawking dilahirkan di Oxford, England, pada 8 Januari 1942 kepada pasangan Frank dan Isobel Hawking. Beliau mempunyai dua orang adik perempuan, Philippa dan Mary, dan seorang adik angkat, Edward. Hawking paling rapat dengan ibunya yang


































