Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Tokong Cina jadi tumpuan sambut TBC

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Bahyiah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Tokong Cina Teng Yun yang terletak di Jalan Kianggeh di ibu negara menjadi tumpuan hari ini apabila masyarakat Tionghua di negara ini menyambut Tahun Baharu Cina (TBC), sekali gus menandakan permulaan Tahun Arnab dalam kalendar Cina.

    Seperti lazimnya, kaum Tionghua mendahului sambutan dengan berkunjung ke tokong untuk melakukan upacara kesyukuran sekali gus menyaksikan acara persembahan tarian singa.

    Persembahan tarian singa yang berwarna-warni itu bermula sejak pukul 7:30 pagi yang dipersembahkan oleh pasukan tarian singa Tokong Cina Teng Yun, Sekolah Chung Hua, Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Menengah (SM) Chung Hwa dan Unity Charity Association.

    Dalam kemeriahan itu, masyarakat Tionghua serta orang ramai yang datang mengambil peluang menyaksikan persembahan itu, ada juga yang mengambil peluang memberikan sampul merah kepada kumpulan tarian singa yang dimasukkan melalui mulut maskot singa
    berkenaan.

    Semasa acara itu, sampul merah turut diberikan kepada Pengerusi Tokong Cina Teng Yun, Lee Eng Ching.

    Selain itu, Tokong Cina Teng Yun turut menyampaikan sampul merah kepada perwakilan dari SM Chung Hwa.

    Tarian singa yang dipersembahkan semasa sambutan Tahun Baharu Cina di tokong Cina di Jalan Kianggeh, kelmarin.
    Salah satu organisasi memberikan sampul merah kepada wakil Tokong Cina Teng Yun.
    Antara persembahan yang diadakan sempena Tahun Baharu Cina di Tokong Cina Teng Yun, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...