Tokyo arah restoran, bar ditutup awal

TOKYO, 30 JULAI – Gabenor Tokyo menggesa restoran-restoran, bar, dan kelab karaoke untuk menutup operasi lebih awal bagi membantu membendung koronavirus ketika bandar Jepun melaporkan jumlah tertinggi jangkitan baharu.

“Situasi terkini lebih parah daripada sebelumnya,” kata Yuriko Koike memetik pakar.

“Terdapat beberapa kluster di Tokyo…tidak perlu kita buang masa,” katanya, menambah, jumlah jangkitan menerusi kumpulan yang makan di luar telah meningkat.

Jepun setakat ini telah melaporkan sekitar 32,500 jangkitan dan lebih 1,000 kematian sejak kes pertama dikesan pada Januari. – AFP