Tokyo catat kes jangkitan harian tertinggi

TOKYO, 18 NOV – Pihak berkuasa di Tokyo telah mengumumkan hampir 500 kes baharu koronavirus, peningkatan harian terbesar di ibu negara Jepun sejak wabak itu bermula, di tengah lonjakan jangkitan di seluruh negara dan ketika negara itu sedang giat membincangkan langkah keselamatan untuk mencegah penularan wabak koronavirus bagi penganjuran sukan Olimpik nanti.

Kerajaan metropolitan Tokyo melaporkan 493 kes baharu hari ini, melebihi angka sebelumnya iaitu 472 pada 1 Ogos, semasa kemuncak jangkitan itu di Jepun. – AP