Saturday, January 25, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tokyo, Osaka, Hyogo mungkin darurat lagi

    TOKYO, 21 APRIL – Kerajaan Jepun merancang melaksanakan sekali lagi darurat di Tokyo, Osaka dan Hyogo berikutan lonjakan kes COVID-19 sehingga menggugat sistem kesihatan di daerah itu, menurut sumber kerajaan.

    Perkembangan terbaharu itu selepas kerajaan tempatan Osaka kelmarin meminta Perdana Menteri Yoshihide Suga mengeluarkan perisytiharan darurat. Kerajaan metropolitan Tokyo turut merancang mengemukakan permohonan yang sama dalam masa terdekat, lapor Kyodo.

    Merujuk kepada permintaan Osaka, Suga kelmarin berkata kerajaannya akan “segera membuat keputusan selepas menilai secara menyeluruh situasi dan meneliti langkah-langkah yang wajar diambil”.

    Gabenor Osaka Hirofumi Yoshimura meminta kemudahan hiburan dan komersial utama ditutup sementara, selain penyedia perkhidmatan makanan dan minuman disaran memendekkan waktu perniagaan. – Bernama

    Orang ramai dengan menggunakan penutup mulut dan hidung bagi mengekang penularan virus dilihat melintasi jalan di Tokyo, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda