Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tokyo tampung kos bangunkan pusat sukan

    TOKYO, 12 Mei – Tokyo akan menampung kos untuk membangunkan pusat kemudahan sukan sementara di tujuh wilayah di luar bandar raya itu bagi menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

    Gabenor Tokyo, Yuriko Koike berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

    Bercakap kepada pemberita Koike berkata, pusat sukan sementara itu termasuk di Chiba, Kanagawa dan Saitama yang akan menjadi tuan rumah beberapa acara sukan.

    Katanya, perdana menteri menyambut baik rancangan itu dan pihaknya akan meneliti secara terperinci untuk mengetahui jumlah kos sebenar.

    Pada Disember tahun lepas, jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik mengemukakan permohonan meminta Tokyo menampung sebahagian perbelanjaan untuk membangunkan pusat sukan sementara sebanyak 200 bilion yen (kira-kira AS$ 1.7 bilion) daripada jumlah kos kesleuruhan 280 bilion yen (kira-kira AS$2.4 bilion).

    Dianggarkan pembangunan kemudahan sementara di tujuh wilayah membabitkan perbelanjaan kira-kira 50 bilion yen (kira-kira AS$ 439.7 juta).

    Pada perbincangan itu persetujuan turut dicapai mengenai kos menjadi tuan rumah Sukan Paralimpik akan dibahagi dua dengan pihak jawatankuasa. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda