Tokyo undi gabernor 2020

TOKYO, 13 NOV – Tokyo akan mengadakan pilihan raya untuk memilih seorang gabernor pada 5 Julai 2020, kurang tiga minggu sebelum ibu negara Jepun itu menganjur Sukan Olimpik, kata bandar hari ini.

Yuriko Koike, 67, masih belum mengumumkan pencalonannya namun beliau dijangka akan bertanding.

Penggal beliau dijangka luput tempoh pada 30 Julai dan beliau mesti mengadakan pilihan raya dalam masa 30 hari dari tarikh berkenaan. Pilihan raya datuk bandar biasanya diadakan pada Ahad, menjadikan 5 Julai tarikh paling jauh dari Majlis Pembukaan pada 24 Julai.

Koike, veteran yang popular dengan media, memenangi jawatan gabernor dalam pengundian pada 2016, menjadi pemimpin wanita pertama di bandar yang mempunyai paling ramai penduduk di dunia.

Beliau menggemparkan politik Jepun pada 2017 dengan menubuhkan ‘Parti Harapannya sendiri’ untuk mencabar Perdana Menteri Shinzo Abe dalam pilihan raya negara. – AFP