Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Tolak ‘darah penderma divaksin,’ ibu bapa didakwa

    WELLINGTON, 6 DIS – Pihak berkuasa di New Zealand hari ini melancarkan pendakwaan untuk hak penjagaan ke atas anak damit yang ibu bapanya menghalang pembedahan menyelamatkan nyawanya hanya kerana penderma darah mungkin telah menerima vaksin COVID.

    Pihak berkuasa New Zealand mengambil pendekatan untuk membida bagi hak penjagaan kecemasan di Mahkamah Tinggi Auckland dalam kes yang mencetuskan bantahan tempatan dan menggariskan potensi maklumat salah vaksin. Anak damit berusia empat bulan yang namanya tidak didedahkan, memerlukan ‘pembedahan segera’ bagi membetulkan gangguan hati dikenali sebagai pulmonari injap stenosis, menurut ibu kanak-kanak itu. Pembedahan bagaimanapun ditangguhkan kerana ibu bapa kanak-kanak itu enggan menjalani transfusi darah yang dipercayai daripada penderma yang divaksin dengan vaksin mRNA. Pihak berkuasa menolak permintaan ibu bapa itu bagi darah daripada orang yang tidak menerima vaksin.

    Pihak kesihatan New Zealand mengatakan ia mengutamakan kesihatan anak damit itu ketika membuat keputusan untuk membawa perkara itu ke mahkamah. – AP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...