‘Tolong jaga pokok saya’

TOKYO, 12 Feb – Penanam pokok bonsai Jepun hari ini membuat rayuan kepada pencuri yang melarikan tanaman mahal kepunyaannya untuk menjaga pohon itu dengan baik.

Seiji limura, penanam bonsai generasi kelima yang memiliki kebun di Kawaguchi, Utara Tokyo memberitahu AFP bahawa tujuh pokok kecil yang dicuri daripada kebunnya itu merupakan harta keluarganya.

“Ia adalah sesuatu yang saya tidak akan jual walaupun AS$90,000,” katanya.

“Sudah tentu, saya benci pencuri yang mencurinya tetapi saya mahu memberitahu kepada pelakunya, tolong siram dan jaga pokok itu dengan baik,” menurut Iimura. “Saya akan berasa sedih jika pokok itu mati.”

Iimura melaporkan kepada pihak polis bulan lalu bahawa tujuh pokok bonsai yang bernilai lebih 7 juta yen secara keseluruhannya termasuk gnarled juniper yang berusia 400 tahun telah dicuri dari kebunnya.

Gambar fail pada 29 April 2017 menunjukkan pelawat sedang menggambar pokok bonsai yang dipamerkan semasa 8th World Bonsai Convention di Saitama. Penanam pokok bonsai Jepun merayu kepada pencuri bonsai miliknya untuk menjaga pokok itu dengan baik. – AFP

Isterinya, Fuyumi menulis menerusi Facebook memberitahu bahawa pasangan itu menjaga pokok bonsai itu seperti anak.

“Saya merasa sedih dan kecewa,” katanya.

Iimura menyimpan kira-kira 3,000 pokok miniatur di kebun yang berkeluasan 5,000 meter persegi jadi para pelawat dapat menghargai seni bonsai.

Sejak berlakunya kecurian, beliau telah memasang kamera keselamatan.

“Anda tahu, bonsai adalah miniatur semula jadi. Melihat pokok bonsai itu seperti berjalan di gunung sewaktu berada di rumah,” kata Iimura.

Bonsai merupakan seni arca pokok kecil Asia.

Pokok Bonsai sering kali berbentuk angin atau salji. Menggubah pokok itu memerlukan kemahiran yang halus dan kemudian membentuknya, pada masa yang sama menjaga pokok itu. – AFP