Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Tom Cruise kejar cinta Shakira

    Pelakon Tom Cruise dikatakan sedang berusaha memikat hati Shakira apabila mereka dilihat bersama ketika menyaksikan Fomula Grand Prix di Miami, Amerika Syarikat.

    Memetik laporan Daily Mail, aktor berkenaan dikatakan sangat tertarik dengan bekas teman wanita pemain bola sepak, Gerard Pique itu.

    “Dia sangat tertarik untuk mengejar (Shakira). Ada daya tarikan di antara mereka.

    “Shakira juga dikatakan memerlukan tempat bersandar dan Tom sangat sesuai buatnya,” katanya.

    Dalam usaha memikat hati Shakira, Tom juga dikatakan kerap menghantar bunga dan sering meluangkan masa bersama penyanyi berusia 46 tahun itu.

    Lebih menarik lagi hubungan mereka juga direstui peminat memandangkan kedua-dua mereka tidak memiliki pasangan.

    Malah peminat penyanyi itu juga berharap Shakira segera bertemu pengganti selepas Gerard mengumumkan percintaannya bersama Clara Chia Marti.

    Untuk rekod, Shakira dan Gerard mula menjalinkan hubungan sejak 2011 dan mereka mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Shasha dan Milan.

    Awal April lalu, Shakira membuat keputusan untuk berpindah ke Miami selepas dikatakan bertemu dengan kekasih baharu. – Agensi

    Tom Cruise dalam usaha memikat hati Shakira. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...