Hubungan pelakon terkenal Tom Cruise dengan model asal Rusia iaitu Elsina Khayrova dilaporkan sudah berakhir dengan perpisahan.
Sumber terdekat pasangan itu memberitahu Tom, 61, yang menamatkan hubungan mereka namun masih mengekalkan hubungan baik dengan Elsina.
“Boleh dikatakan kalau berjumpa mereka akan rasa janggal dan tidak lagi mesra seperti dulu.
“Tapi Tom dan Elsina masih mengekalkan hubungan sebagai kawan dan perpisahan mereka pun berakhir dengan baik,” kata sumber memetik laporan mStar.
Berita percintaan di antara Tom dan Elsina, 36, mula tersebar pada Disember tahun lalu.
Mereka mula dikaitkan mempunyai hubungan cinta selepas dilaporkan berbual dan bermesra di sebuah parti di kawasan kejiranan Mayfair, London.
Untuk rekod, Cruise sebelum ini telah berkahwin sebanyak tiga kali.
Dia berkahwin dengan Mimi Rogers dari 1987 hingga 1990, pelakon Australia, Nicole Kidman dari 1990 hingga 2001 dan Katie Holmes dari 2006 hingga 2012. – Agensi