Tom Hanks kongsi pengalaman dijangkiti COVID-19

Pelakon terkenal Hollywood Tom Hanks, yang merupakan antara bintang berprofil tinggi terawal dijangkiti COVID-19, berkongsi pengalaman berdepan virus itu.

Tom dan isterinya Rita Wilson dijangkiti COVID-19 pada awal Mac lalu ketika Tom sedang menjalani penggambaran filem di Australia.

Menerusi temu bual dengan The Guardian, aktor itu menjelaskan simptom yang dialami dan menasihatkan mereka yang tidak mengambil langkah berjaga-jaga terhadap virus tersebut.

Tom dan Rita dimasukkan ke hospital selama beberapa hari di Australia sebelum pulang ke Los Angeles, California, Amerika Syarikat di mana mereka meneruskan kuarantin.

Bercerita tentang pengalamannya dimasukkan ke hospital, Tom menjelaskan pada awalnya dia risau memikirkan keadaan kesihatannya.

“Ketika kami di hospital, saya terfikir yang saya sudah berusia 63 tahun, ada dua jenis diabetes dan saya pernah ada stent pada jantung. Adakah saya akan mati?

“Tapi selagi suhu badan kami tak naik mendadak, dan paru-paru kami tak dipenuhi sesuatu seperti pneumonia, pihak perubatan tak risau.

“Saya bukan seseorang yang bangun pagi dan tertanya-tanya jika saya akan dapat hidup lebih lama. Saya tenang tentang soal itu,” kata Tom. – Agensi

Tom Hanks dan isterinya dijangkiti COVID-19 pada awal Mac lalu ketika Tom sedang menjalani penggambaran filem di Australia. – Agensi