Tom Holland akhirnya sah bercinta dengan Zendaya

Selepas bertahun-tahun khabar angin hubungan dua bintang Spider-Man, Tom Holland dan Zendaya, akhirnya pasangan selebriti ini mengesahkan percintaan mereka pada majlis anugerah baru-baru ini.

Holland dan Zendaya menghadiri acara itu bersama-sama bagi meraikan kejayaan individu dalam bola sepak dunia.

Walaupun khabar angin status perhubungan mereka mula tersebar sejak tahun 2017 namun dalam beberapa bulan ini hubungan mereka menjadi lebih umum.

Sebelum ini, tersebar foto kedua pasangan ini sedang bermesraan di dalam kereta milik Tom namun enggan memberi sebarang penjelasan.

Sebelum ini, Zendaya dilaporkan bercinta dengan Jacob Elordi dari 2019 hingga 2020, dan Tom bercinta dengan Olivia Bolton pada 2019.

Tom Holland dilihat bersama Zendaya dan rasmi sebagai pasangannya di acara karpet merah di anugerah tahunan Ballon D’or 2021.