Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Tom Holland takut dipecat

    Tom Holland mendedahkan mengenai ketakutannya bakal dipecat daripada Marvel Cinematic Universe (MCU).

    Menurut laporan Tabloid Bintang, Tom menyatakan ketakutannya akan dipecat daripada MCU selepas lakonannya sebagai Peter Parker (Spider-Man) dalam Captain America: Civil War.

    “Ia adalah ketakutan yang sangat tidak rasional. Dari sesi penggambaran Civil War ke penggambaran Spider-Man: Homecoming, saya yakin mereka akan memecat saya. Saya tidak tahu mengapa,” katanya.

    Pelakon berusia 27 tahun ini kemudian menerangkan proses uji bakat yang melibatkan beberapa ujian sebelum memegang watak Spider-Man. “Saya mengikuti uji bakat selama tujuh bulan. Saya perlu mengikuti enam ujian dan selepas itu mereka tidak memberi sebarang maklum balas,” katanya.

    Dia mengongsikan proses ujian akhir melibatkan ujian skrin dengan Robert Downey Jr. yang memegang watak Iron Man (Tony Stark). Dia juga harus mengikuti ujian untuk aksi bersama Chris Evans (Captain America).

    Selepas lulus ujian, Tom menghabiskan seminggu lagi untuk penggambaran babak-babak pertamanya dalam penampilan pertamanya dalam MCU. – Agensi

    Tom Holland perlu menjalani ujian sebelum memegang watak Spider-Man. – tabloid bintang.com
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...