Tom Holland tinggalkan Instagram

Tom Holland mengatakan dia akan berehat dari menggunakan Instagram untuk menumpukan pada dirinya dan menjauhi media sosial.

“Saya tidak mempunyai Instagram buat masa sekarang, saya terpaksa menjauhinya dan berehat buat seketika.

Menurut Holland, laman Instagram tersebut ibarat sudah mengambil alih kehidupannya dan dirinya menjadi terlalu obses olehnya.

“Sepertinya saya memikirkan, ‘berapa banyak tanda suka yang akan saya dapat?’ dan ‘apa yang akan dikatakan oleh orang ramai tentang gambar saya?’ dan siapa yang melakukan ini dan siapa yang melakukan itu.

“Saya mendapati saya terlalu memfokuskan lebih banyak pada kehidupan Instagram saya berbanding kehidupan yang sebenar. “

“Dan sekarang saya telah mengambil langkah untuk mengundurkan diri daripadanya dan saya akan mula memberi tumpuan kepada Tom dan masa depan yang akan terjadi kepada Tom. Saya bercakap mengenai diri sendiri sebagai orang ketiga dan cuba menyesuaikan diri dengan semua ini,” jelas pelakon Spider-Man ini kepada E! News.

Dalam perkembangan lain, Holland membintangi filem animasi Pixar Onwards yang bakal ditayangkan pada 6 Mac mendatang. – Agensi

Kerana terlalu obses dengan kehidupan Instagram, Tom Holland terpaksa mening-galkannya dan memfokuskan kepada kehidupannya sebenar. – Agensi