Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Tom kongsi pengalaman disorok bunian

    Penyanyi Tom berkongsi pengalaman mistik berada di sebuah perkampungan misteri dipercayai akibat ‘disorok bunian’.

    Cerita Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, kejadian misteri itu berlaku semasa dia berada di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak ketika berusia tiga tahun.

    Kata Tom, sehingga kini dia masih mengingati peristiwa berada dalam perkampungan yang sangat berbeza dengan kehidupan hariannya.

    “Saya pernah hilang beberapa hari dekat kampung di Kuala Kangsar… keluarga cakap saya kena sorok bunian tetapi tak tahu la betul atau tidak.

    “Apa yang saya ingat tiba-tiba berada di sebuah kampung, pasirnya putih bersih. Bumbung rumah semua bentuk segi tiga,” katanya.

    Dalam perkongsian berkenaan, penyanyi itu turut memuat naik gambar seolah-olah memberi bayangan tempat dia berada ketika itu.

    Menceritakan lebih lanjut, Tom berkata kawasan tersebut hanya dihuni oleh kaum wanita dan mereka memberikan layanan baik apabila Tom ditemui menangis teresak-esak.

    “Rumah berdekatan antara satu sama lain. Yang keluar semua penghuni perempuan berjumpa saya. Semua rumah menggunakan pintu diperbuat daripada daun.

    “Apa yang saya ingat tiba-tiba berada di sebuah kampung, pasirnya putih bersih. Bumbung rumah semua bentuk segi tiga,” kongsinya. – Agensi

    Tom lalui kejadian mistik ketika zaman kanak-kanak. – kosmo.com.my
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...