Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Tomok teruk dibuli pelakon

    Tidak sesekali melakukan gimik yang boleh menjejaskan nama baik demi kekal relevan, penyanyi dan pelakon, Tomok, 37, memilih melakukan perkara positif untuk terus dikenang.

    Vokalis kumpulan New Boyz itu tidak menafikan, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan aktiviti nyanyian lumpuh, sekali gus, memberi impak kepada kerjaya nyanyian.

    Namun, Tomok berkata, dia tidak akan sesekali melakukan perkara yang boleh memalukan dirinya.

    “PKP memberikan impak, bukan saya sahaja, tetapi juga rakan lain dalam industri muzik. Justeru, apabila kerajaan membuka ruang bekerja semula, saya tentunya tidak mensia-siakan peluang yang datang.

    “Lagipun, terlalu ramai artis baharu yang muncul, tambahan pula pelaksanaan PKP menjejaskan kerjaya seni, saya harus mengambil apa sahaja peluang depan mata.

    “Saya yakin rakan lain juga melakukan perkara sama agar terus bertahan dalam industri. Cuma, saya mahu dikenang dengan perkara positif, bukan benda merepek,” katanya kepada media.

    Tomok berkata dia teruk dibuli pelakon lain dalam mahupun luar lokasi. – Agensi

    Tomok ditemui pada sidang media drama Tumpang Lalu Bang secara virtual, baru-baru ini. Justeru, kata Tomok, dia akan cuba melunaskan tanggungjawab dengan baik apabila membintangi drama baharu, Tumpang Lalu Bang yang menemui penonton menerusi slot Diandra, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8:30 malam di TV9.

    Katanya, dia percaya peminat pasti mengingati, seterusnya nama dapat kekal relevan jika lakonannya meninggalkan kesan.

    Berkongsi pengalamannya berlakon di bawah arahan Eoon Shuhaini, Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail berkata, dia menerima tawaran membawakan watak Nizam kerana watak tidak terlalu berat.

    Bagaimanapun, katanya, dia teruk dibuli pelakon lain dalam mahupun luar lokasi. Namun, itulah hanya keseronokan dan boleh menyebabkan hubungan akrab seperti satu keluarga.

    “Memang teruk saya dibuli, tetapi saya seronok kerana pelakon lain banyak mengajar. Saya sedikit pun tidak tertekan apabila menjalani penggambaran drama selama tiga bulan.

    “Sebaliknya, saya gembira dapat berjumpa dengan rakan-rakan. Hubungan kami juga semakin rapat dan seperti keluarga,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...