Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

Tong sampah di New York dihiasi bunga-bunga indah

SEKIRANYA anda tinggal di Bandar Raya New York, anda mungkin terserempak suasana pelik di sana – tong sampah awam yang dipenuhi dengan susunan bunga yang berwarna-warni, menjadikannya kelihatan seperti sebuah pasu bunga gergasi. Ianya telah muncul di sekeliling bandar yang juga dikenali sebagai ‘Big Apple’, membuatkan orang ramai berhenti seketika dan memaparkan senyuman di wajah mereka.

Vas bunga yang luar biasa ini adalah hasil karya Lewis Miller, seorang pereka bunga tempatan yang menggunakan bunga dan tumbuhan perhiasan yang tidak digunakan lagi dari acara-acara perkahwinan dan lain-lain acara untuk menambahkan lagi seri suasana kawasan pejalan kaki di Bandar Raya New York itu, yang kelihatan suram dan tidak berwarna.

Dia bersama pasukannya di Design Lewis Miller mencari tong-tong sampah yang paling menarik di bandar itu dan bangun pada awal pagi dan mengisinya dengan puluhan bunga yang cantik, dan secara tidak langsung menjadikannya sebagai satu pasu yang besar. Berikutan dari satu artikel Vogue yang popular mengenai projek unik ini, Miller dan pasukannya telah digelar sebagai ‘penyamun bunga’ di New York.

Idea Lewis menggunakan bunga untuk menjadikan ibu kotanya itu menjadi lebih cantik muncul pada bulan Oktober 2016, apabila beliau dan pasukannya membawa 2,000 bunga ke John Lennon ‘Imagine’ Memorial di Central Park, dan menggunakannya untuk mencipta “satu psikedelik lingkaran bulatan pada hari itu- dengan bunga dahlia dan teluki berwarna kuning, merah jambu, ungu dan oren.” Susunan bunga yang membawa impak positif itu telah memberi kesan kepada pejalan-pejalan kaki yang melintasinya dan terinspirasi dengan hasil kerja mereka dan menyeru agar mereka meneruskan projek mereka itu. Kini, dia telah mencipta apa yang beliau gelarkan sebagai ‘Bunga Berkembang’.

Idea Lewis ini muncul pada bulan Oktober 2016, apabila dia dan pasukannya membawa 2,000 bunga ke John Lennon ‘Imagine’ Memorial di Central Park.
Idea Lewis ini muncul pada bulan Oktober 2016, apabila dia dan pasukannya membawa 2,000 bunga ke John Lennon ‘Imagine’ Memorial di Central Park.
Jika anda tinggal di Bandar Raya New York, anda mungkin terserempak suasana pelik di sana - tong sampah awam yang dipenuhi dengan susunan bunga yang berwarna-warni, menjadikannya kelihatan seperti sebuah pasu bunga gergasi.
Jika anda tinggal di Bandar Raya New York, anda mungkin terserempak suasana pelik di sana – tong sampah awam yang dipenuhi dengan susunan bunga yang berwarna-warni, menjadikannya kelihatan seperti sebuah pasu bunga gergasi.
Setelah menyelesaikan tugas itu, ‘penyamun bunga’ itu pun meninggalkan tandatangan mereka dengan semburan ‘LMD x NYC’ berdekatan dengan setiap vas bunga yang dihasilkan.
Setelah menyelesaikan tugas itu, ‘penyamun bunga’ itu pun meninggalkan tandatangan mereka dengan semburan ‘LMD x NYC’ berdekatan dengan setiap vas bunga yang dihasilkan.

Percaya atau tidak, terdapat banyak persiapan yang perlu diambil pada setiap satu tong sampah yang indah ini dan anda dapat melihat seperti apa yang terdapat di dalam gambar-gambar ini. Kesemuanya bermula dengan mengambil gambar tong-tong sampah kosong yang banyak, dan mempunyai lokasi yang strategik yang menjadi tumpuan ramai di sekitar Bandar Raya New York. Memilih yang sesuai untuk dicantikkan boleh menjadi suatu perkara yang ‘rumit’, kata Lewis, namun dia biasanya memerhatikan suatu lukisan mural hasil buatan tangan atau seni bina bangunan yang menarik, untuk digunakan sebagai latar belakang yang menarik. Kemudian, pada awal pagi, Lewis dan pasukannya akan pergi ke tempat tong sampah yang terpilih untuk menyusun bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan untuk menjadi satu transformasi yang luar biasa.

Vas bunga yang luar biasa ini adalah hasil karya Lewis Miller.
Vas bunga yang luar biasa ini adalah hasil karya Lewis Miller.

“Ia adalah bunga khas untuk New York kami,” kata Irini Greenbaum, pengarah projek khas di Lewis Miller Design, memberitahu kepada TODAY. “Mesejnya adalah untuk memberi bunga-bunga kepada warga New York dan mencipta satu senyuman di wajah mereka.”

“Sekiranya mereka bangun pada awal pagi dan datang kepada kami sementara kami masih menyusun bunga-bunga yang ada, mereka akan bertanyakan kepada kami dan menanyakan ini untuk apa,” tambah Greenbaum. “Dan kami katakan, ‘Ini adalah untuk anda.’ Mereka benar-benar tidak percaya dengan kami.”

Setelah menyelesaikan tugas itu, ‘penyamun bunga’ itu pun meninggalkan tandatangan mereka dengan semburan spray ‘LMD x NYC’ berdekatan pada setiap vas bunga mereka itu, agar orang ramai yang ingin tahu boleh mencarinya di dalam talian dan mencari halaman Instagram mereka, untuk melihat tong-tong sampah lain yang pernah diubah suai oleh mereka.

Kesemuanya ini menggunakan hasil kewangan Lewis sendiri, tetapi beliau mengatakan bahawa melihat senyuman di wajah orang ramai apabila mereka melihat susunan bunga yang unik itu adalah suatu ganjaran yang amat bermakna buatnya dan ianya sudah memadai.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -