Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Tonga catat jangkitan COVID-19 selepas 2 tahun

    TONGA, 4 FEB – Letusan gunung berapi dan tsunami bulan lalu menyebabkan Tonga membawa masuk bantuan air bersih dan ubat-ubatan, termasuk virus, meskipun negara itu selama dua tahun berjaya mengelak penularan COVID-19.

    Kini negara itu berada dalam perintah berkurung yang tiada had, yang mana penduduk berharap dapat membantu mengawal penularan kecil dan ia tidak terlalu lama.

    “Kami mempunyai sumber yang terhad dan hospital kami sangat kecil,” kata seorang peniaga Tonga, Paula Taumoepeau, hari ini. “Tetapi saya tidak pasti bagaimana sistem kesihatan dapat menanganinya. Kami bertuah kerana sepanjang dua tahun untuk bersedia mendapatkan kadar vaksinasi yang tinggi dan sebahagian besarnya dalam perintah berkurung berkala.”

    Tonga adalah salah sebuah daripada negara Pasifik untuk mengalami penularan pertama sejak beberapa bulan lalu. Semuanya mempunyai sumber penjagaan kesihatan yang terhad dan kebimbangan mengenai kedudukan terpencil akan menyebabkan bantuan menjadi sukar.

    Tonga diliputi oleh debu tebal berikutan letusan gunung berapi bawah laut Hunga Tonga Hunga Ha’api pada 15 Januari, diikuti dengan tsunami.

    Hanya tiga orang disahkan terkorban tetapi beberapa kediaman kecil musnah dan debu dari gunung berapi mencemarkan sumber air minum.

    Negara yang mempunyai 105,000 penduduk itu melaporkan hanya satu kes COVID-19 sejak permulaan pandemik dan pihak berkuasa berdebat untuk membenarkan masuk bantuan antarabangsa. – AP

    Tonga mencatatkan penularan COVID-19 selepas dua warga Tongga disahkan positif dan berpunca daripada pemunggahan barangan bantuan antarabangsa. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...