Tonga tutup sekolah, epidemik campak melanda

NUKU’ALOFA, TONGA, 14 NOV – Semua sekolah-sekolah rendah kerajaan dan kindergarten di Tongo telah ditutup dalam usaha untuk mengehadkan penularan wabak campak yang melanda seluruh Selatan Pasifik, umum kerajaan hari ini.

Dengan jumlah yang disahkan dan disyaki penyakit campak di kerajaan Pasifik itu menghampiri 200 orang, Menteri Pendidikan Siaosi Sovaleni berkata sekolah-sekolah perlu ditutup sehingga kira-kira 25 November.

“Kanak-kanak yang dijangkiti campak semasa penutupan itu akan dapat dirawat dan diasingkan daripada yang lain,” katanya.

Perarakan kemenangan untuk meraikan kemenangan bersejarah liga ragbi Tonga yang menang menentang Australia dan Great Britain akan diteruskan pada Jumaat namun pengunjung dinasihatkan untuk memakai topeng wajah dan peluang untuk kanak-kanak sekolah menemui para pemain telah dibatalkan.

Di Samoa, di mana tujuh kematian berkaitan campak telah dicatatkan, epidemik campak telah diumumkan dan kerajaan mengambil beberapa langkah untuk menutup semua sekolah.

Negara jiran American Samoa mengumumkan darurat kecemasan awam hari ini dan Gabenor Lolo Matalasi Moliga berkata semua orang yang berkunjung dari Tonga dan Samoa ke wilayah AS harus menunjukkan bukti imunisasi campak, sebagai syarat kemasukan. – AFP