Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Tonjol bakat kesenian

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Usia ternyata tidak menghalang remaja di negara ini tampil di pentas mempamerkan kecintaan mereka terhadap seni dan muzik.

    Bakat seni dan muzik itu telah ditunjukkan pada Pameran Seni Adolescence yang berlangsung di Pusat Seni, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) hari ini.

    Pameran anjuran Growth Brunei buat kali kedua itu menampilkan salah satu persembahan mencuri tumpuan, apabila pemain biola termuda, Aisha Mrahorovic, berusia sembilan tahun mempersembahkan gesekan biola yang mengasyikkan.

    Selain Aisha, turut ditonjolkan ialah 16 lagi persembahan muzikal merangkumi tarian, persembahan gitar elektrik, nyanyian dan banyak lagi daripada peserta berusia daripada 9 tahun sehingga remaja.

    Turut dipamerkan ialah sembilan hasil karya seni artis muda. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Growth Brunei, Dayang Yasmin binti Sufri, 16, semasa ditemui di acara itu menjelaskan, pameran bermatlamat memaparkan bakat belia sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan.

    “Kami percaya peluang sentiasa ada dan pameran adalah untuk berkongsi sejarah seni remaja-remaja ini,” katanya.

    Menurutnya lagi, pameran pernah diadakan pada 2021 secara maya disebabkan
    COVID dan pada tahun ini, mereka julung kali mengadakannya secara langsung dan berharap ia menjadi acara tahunan mereka.

    Growth Brunei merupakan organisasi persediaan berteraskan pemerkasaan belia
    dan menggalakkan belia berkongsi perkara diminati dan yakini serta didukung oleh tujuh belia bersemangat berusia bawah 18 tahun.

    Si cilik Aisha Mrahorovic ketika persembahan biolanya.
    Tetamu yang hadir juga tidak melepaskan peluang menyaksikan pameran hasil seni artis muda.

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...