Tonton pertunjukan sarkas dalam kereta

SEOUL, 20 SEPT – Badut menjugel bola dan akrobat-akrobat melambungkan diri di ruang udara di atas pentas di kawasan terbuka di Seoul hari ini ketika pengunjung hadir menyaksikan pertunjukkan mereka dari kereta demi keselamatan dan risiko koronavirus.

Sarkas tahunan yang biasanya diadakan pada Mei telah ditangguhkan dua kali tahun ini disebabkan virus sehingga penganjur menjadikannya kepada acara pandu masuk.

“Persembahan seni sangat penting malah semasa pandemik,” kata pengurus Pusat Rekaan Seni Jalanan Seoul, Cho Beong-hee.

“Oleh itu kami muncul dengan pelbagai idea untuk menjadikan acara itu berjaya dan pilihan pandu masuk telah dipilih ketika ia dianggap idea yang paling selamat.”

Setiap acara membenarkan 30 kereta untuk parkir di hadapan pentas, sementara acara itu juga disiarkan dalam talian secara percuma.

Kekurangan interaksi bersama pengunjung memberi cabaran baharu kepada para penghibur.

“Saya terpaksa untuk membayangkan dan memikirkan semula cara baharu untuk disesuaikan dengan persembahan saya,” kata Lee Sung-hyung, seorang penghibur dalam sarkas itu.

Pengunjung bertepuk tangan dan membunyikan hon kereta ketika akrobat bergayut dari pentas besar, yang dinaikkan menggunakan kren. – AFP

Gambar bertarikh 19 September menunjukkan kru sarkas semasa membuat pertunjukkan di Seoul. – AFP