Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Top Ganna atasi Van Aert dalam peringkat ke-4

    MONTBRISON, PERANCIS, 9 JUN – Penunggang Ineos Grenadiers, Filippo Ganna memenangi peringkat empat dalam perlumbaan berbasikal Criterium du Dauphine setelah menewaskan saingan utamanya, Wout van Aert semasa perlumbaan peringkat masa percubaan 31.9 kilometer (km), tiba di barisan penamat dengan catatan masa 35 minit dan 32 saat.

    Bagi Van Aert, gelaran naib juara adalah kali kedua diraihnya dalam dua hari kebelakangan ini selepas dia meraikan kemenangan terlalu awal sebelum sampai di barisan penamat sehingga menyaksikan David Gaudu mendahuluinya pada perlumbaan kelmarin.

    Walau bagaimanapun, Van Aert, tidak hanya mengekalkan pendahuluan secara keseluruhan, memecut 53 saat di hadapan Mattia Cattaneo yang berada di kedudukan kedua dengan catatan 56 saat, manakala Primoz Roglic berada di kedudukan ketiga.

    Juara peringkat masa percubaan di Olimpik, Roglic menduduki tangga kelima kelmarin dan Dane Jonas Vingegard menduduki tangga ketujuh.

    Pasangan tersebut hampir saja merangkul gelaran juara dalam perlumbaan lapan hari tersebut, tetapi bahagian utama dalam perlumbaan adalah pada peringkat masa percubaan.

    “Rintangan itu bukanlah haluan terbaik, pada pendapat peribadi saya,” kata Roglic, yang lebih suka dengan jenis perlumbaan berbukit.

    Juara perlumbaan tersebut dikenali sebagai Top Ganna, juara dunia dua kali dengan mencatat rekod kelajuan 53.865 km sejam di atas haluan yang tiada rintangan.

    Sementara Van Aert, pelumba serba boleh, jadi naib juara selepas Ganna dengan hanya jurang 0.02 saat.

    Perlumbaan diteruskan lagi dengan peringkat kelima yang berlangsung pada hari ini di atas haluan rata, manakala peringkat pada Jumaat ini akan berlangsung di kawasan berbukit. Sementara itu, dua peringkat terakhir pada hujung minggu ini akan menggunakan kawasan pergunungan dengan ketinggian altitud 1,500m. – AFP

    Filippo Ganna semasa meraih podium selepas memenangi peringkat keempat dalam edisi ke-74 perlumbaan perseorangan Criterium du Dauphine di Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...