Saturday, December 7, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Topi G-Dragon ditarik balik

    SEMANGAT kesukanan ditunjukkan oleh penyanyi G-Dragon nampaknya memakan diri apabila topi menggunakan lambang Sukan Olimpik Pyeongchang yang dijual dengan harga AS$500 menerusi label fesyennya iaitu Peaceminusone dilaporkan ditarik balik.

    Koreaboo melaporkan walaupun tiada penjelasan berhubung perkara itu, keputusan menarik balik produk itu daripada dijual menerusi dalam talian dipercayai berhubung melanggar hak cipta.

    G-Dragon tampil dengan produk baharu dibawah jenamanya itu sebagai tanda sokongan kepada Sukan Olimpik musim sejuk yang sedang berlangsung di Pyeongchang di Korea.

    Anggota kumpulan Big Bang itu sebelum ini sering dirujuk sebagai ‘Anak Olimpik’ kerana dilahirkan pada tahun 1988 yang mana ketika itu Korea Selatan menjadi tuan rumah sukan berprestij itu.

    Dia juga beberapa kali dilihat memakai topi dengan lambang Olimpik selain menjual topi yang tertera ‘Seoul Olympics 88’ yang sehingga kini sudah pun habis terjual.

    Topi menggunakan lambang Sukan Olimpik Pyeongchang yang dikeluarkan oleh label fesyen G-Dragon, Peaceminusone dilaporkan ditarik balik.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda