Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Topi keledar kalis peluru lebih kuat

    SEOUL, 23 MEI – Korea Selatan siap membangunkan topi keledar canggih yang mampu melindungi tentera daripada tembakan pistol yang lebih kuat, menurut agensi penyelidikan pertahanan hari ini.

    Topi keledar baharu dan ringan itu dibangunkan menerusi projek kerjasama dua firma tempatan, Hyosung Corp. dan Kyungchang Industry Corp.

    Projek itu dimulakan pada 2017 untuk meningkatkan daya tahan dan mobiliti tentera ketika pertempuran, menurut Institut Penyelidikan, Perancangan dan Kemajuan Teknologi Pertahanan (KRIT).

    Selain mampu menangkis tembakan pistol 9-mm dan senjata lain yang serupa, keupayaan kalis peluru topi keledar itu kekal teguh walaupun dalam suhu panas, rendah, atau di dalam air, lapor Yonhap. – Bernama

    Helmet baharu yang dibangunkan bersama oleh Syarikat Hyosung dan Kyungchang. Yonhap
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...