Torino tolak tawaran Arsenal untuk Belotti

MILAN, 10 Jan- Torino menolak bidaan dari pasukan Arsenal bagi mendapatkan pemain penyerang Itali, Andrea Belotti yang dipercayai bernilai 65 juta euro (55 juta paun), kata pasukan Serie A itu pada Ahad lalu.

Dengan 13 gol dalam 16 kemunculan dalam musim keduanya dalam Serie A, Belotti, muncul sebagai pemain penyerang paling menarik di Itali sejak beberapa tahun.

Dikenali sebagai “Il Gallo” (The Rooster), Belotti dilaporkan juga diawasi oleh Manchester United, mencetuskan presiden Torino, Urbano Cairo untuk meletakkan klausa pembelian 100 juta bagi kelab-kelab luar Itali apabila dia mengikat pemain penyerang itu, 22, bagi persetujuan baru sehingga tahun 2021 pada bulan lalu.

Arsenal, kata Tornio, membuat tawaran bagi Belotti sejak beberapa minggu yang hanya dimaklumkan ia adalah terlalu jauh dari harga yang mereka minta.

Apabila ditanya mengenai tawaran dari Arsenal, pengarah sukan Torino, Gianluca Petrachi memberitahu Sky Sport: “Ya, kami menerima tawaran tersebut tetapi ia tidak menggambarkan nilai sebenar pemain itu.

“Dalam banyak kes, dia tidak akan pergi ke mana-mana ketika ini. Kami akan melihat apa yang berlaku pada masa depan tetapi kami berazam untuk mengekalkan Belotti.

“Presiden (kelab) telah memasukkan klausa pembelian yang signifikan. Saya rasa dia bernilai lebih dari yang mereka tawarkan.” – AFP