Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Toritetsu: Baik atau negatif?

    TOKYO – Kesesakan, konfrontasi dan tidak dikawal. Ramai peminat kereta api Jepun kebanyakannya adalah peminat tenang yang meminati sistem kereta api terkenal di negara itu, tetapi sekumpulan kecil daripada mereka mendapat perhatian yang mengejutkan.

    Sistem kereta api Jepun telah lama dikagumi di seluruh dunia, terkenal dengan ketepatan masa, teknologi canggih dan jadual waktu yang teliti.

    Maka tidak hairanlah negara ini adalah tempat kepada pelbagai landskap penggemar kereta api, daripada mereka yang gemar meneliti jadual waktu kepada mereka yang mengagumi malah merakam bunyi kereta api yang lalu-lalang.

    Mungkin kumpulan yang paling terkenal, adalah kumpulan yang digelar ‘toritetsu’ (jurugambar kereta api), yang berusaha untuk menangkap gambar sempurna kereta api yang datang.

    Mereka telah lama melakukan aktiviti tersebut sejak beberapa dekad, tetapi kebelakangan ini, laporan mengenai perang mulut, menceroboh dan juga keganasan di stesen telah mengubah presepsi toritetsu menjadi kumpulan jahat pengesan kereta api Jepun.

    Tsutomu Okawa bergambar dengan peralatan fotografinya selepas temu bual dengan AFP berhampiran landasan kereta api selepas mengambil gambar kereta api di Hasuda, wilayah Saitama. – AFP
    Gambar menunjukkan peminat mengambil gambar perkhidmatan kereta api sewa mewah Cassiopeia, yang diangkut oleh lokomotif elektrik dwi voltan kelas EF81 berhampiran landasan kereta api di Hasuda, wilayah Saitama. – AFP

    Ada yang berpendapat tingkah laku di luar kawalan itu bukanlah sesuatu yang baharu, memetik kejadian semasa upcara perpisahan bagi kepala kereta api wap pada tahun 1960an dan 70an.

    Tetapi insiden baru-baru ini, termasuk gangguan seorang penunggang basikal dan serangan yang menyebabkan seorang remaja mengalami keretakan tengkorak tahun lepas, telah menimbulkan kebimbangan beberapa peminat.

    “Sudah tentu adab menjadi lebih buruk,” keluh Masao Oda, yang telah mengambil gambar kereta api selama kira-kira 50 tahun.

    ‘Saya suka segala-galanya tentang kereta api’

    Ia adalah perasaan tidak selesa untuk toritetsu seperti Akira Takahashi, 27 tahun.

    “Orang ramai kini menuding jari ke arah saya,” kata Takahashi, yang obsess terhadap model lokomotif elektrik EF66, yang disifatkannya sebagai ‘idolanya’.

    “Imej negatif kami kini berleluasa… Saya tidak mahu disamakan dengan sebahagian daripada kami yang menimbulkan masalah.”

    Kebanyakan peminat lebih seperti Ryunosuke Takagai, 19, seorang pelajar universiti yang diketahui bangun pada pukul lima pagi untuk mendokumentasikan minatnya dan kadangkala mengambil kerja sambilan kilang untuk membiayai hobinya.

    “Saya suka segala-galanya tentang kereta api, bunyinya, suasananya,” katanya kepada AFP. “Saat awda berjaya menangkap kereta api yang awda tunggu berjam-jam itu benar-benar memuaskan,” katanya.

    Tingkah laku sesetengah toritetsu yang semakin rakus mungkin didorong oleh usaha mereka untuk mendapatkan gambar yang sempurna, menurut Jun Umehara, seorang wartawan kereta api bebas yang dahulunya di salah satu majalah kereta api terkemuka Jepun.

    Beliau berkata faktor termasuk kereta api ‘bersara’ yang semakin berkurang dan lebih banyak pembangunan bandar menjadikan hobi mereka terhad ketika mereka mengambil gambar impian mereka.

    “Setiap kereta api mempunyai saat terakhirnya, yang, bagi mereka, adalah kepingan teka-teki terakhir yang mereka perlukan untuk melengkapkan koleksi foto mereka,” katanya.

    “Idea kehilangan bahagian terakhir itu hampir tidak tertanggung untuk mereka,” tambah Umehara. “Oleh itu terdesak.”

    Bukan lagi ‘musuh’

    Pembangunan perumahan selama ini juga menyaksikan beberapa tempat penggambaran lama dimusnahkan, menjadikannya lebih sukar bagi toritetsu untuk meniru gambar kereta api ‘sempurna’ yang mereka kagumi ketika membesar.

    Imej-imej itu, yang dipaparkan oleh majalah kereta api khusus Jepun dengan pembaca toritetsu mereka yang setia, sering diambil dengan pemandangan kereta api yang jelas tanpa halangan seperti pagar, pokok dan penumpang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...