WASHINGTON, 14 Mei – Pemain penyerang Kanada Tosaint Ricketts menjaringkan gol pada mini ke-77 semalam untuk memberikan Toronto kemenangan 3-2 ke atas Minnesota United, melanjutkan kemenangan pendahulu MLS kepada enam perlawanan.
Rekod kelab Toronto telah menampilkan lima kemenangan dalam 18 hari dan menempatkan pasukan itu di pendahulu Eastern Conference dengan rekod 7-1 dengan empat seri bagi mengumpul 25 mata.
Ricketts tidak mensia-siakan hantaran lintang Jozy Altidore bagi kemenangan di tempat sendiri sementara pemain antarabangsa Itali Sebastian Giovinci, yang menjaringkan gol penalti pada minit ke-20, terpaksa dikeluarkan pada lewat separuh masa pertama akibat kecederaan betis.
Pemain Minnesota, Christian Ramirez menjaringkan gol sendiri sebelum rakan sepasukannya Kevin Molino menjaringkan gol-gol pada minit ke-52 dan ke-62 untuk memberikan kedudukan seri buat pasukan pelawat.
Sementara itu, pemain penyerang dari Iraq, Justin Meram melakukan hatrik pertama dalam kariernya dengan jaringan kemenangan dalam waktu kecederaan separuh masa kedua untuk memberi kemenangan buat Columbus Crew 3-2 mengatasi Montreal.
Dalam perlawanan lain, pemain midfield Lee Nguyen menjaringkan satu gol dan memberi umpanan buat satu lagi jaringan untuk memberi kemenangan 4-0 buat New England Revolution ke atas Real Salt Lake.
Hos perlawanan membuat kesemua jaringan mereka di separuh masa pertama bagi menamatkan kekalahan lima perlawanan berturut-turut dan memberikan kekalahan keempat berturut-turut buat Real.
Pemain midfield dari Bosnia, Hari Medunjanin menjaringkan satu gol dan memberi umpanan untuk dua lagi gol bagi kemenangan 4-0 Philadelphia Union ke atas D.C United. – AFP