PARIS, 15 Mac – Syarikat gergasi gas Perancis, Total berkata hari ini ia telah memulakan pengeluaran di padang minyak luar pesisir Moho Nord di Congo, pembangunan gas terbesar di negara Afrika setakat ini.
Total, yang memegang saham majoriti di padang minyak itu, berkata dalam satu kenyataan bahawa ia ‘memulakan pengeluaran dari projek luar pesisir Moho Nord, terletak 75 kilometer (46 batu) luar pesisir Pointe-Noire di Republik Congo.”
Projek itu telah mengeluarkan kapasiti sekitar 100,000 tong minyak sehari.
“Moho Nord adalah pembinaan minyak terbesar setakat ini di Republik Congo,” kata ketua penerokaan dan penghasilan Total, Arnaud Breuillac. Padang Moho Nord mengandungi 34 telaga minyak yang mana minyak itu telah dieksport menggunakan talian paip menuju ke terminal daratan Djeno, juga dioperasikan oleh Total.
Total adalah operator bagi projek itu dengan saham kira-kira 53.5 peratus.
Rakannya, Chevron dengan saham sekitar 31.5 peratus dan Societe Nationale des Petroles du Congo dengan saham sekitar 15 peratus. – AFP