PARIS, 9 Feb – Syarikat utama minyak Perancis Total berkata ia merancang untuk meningkatkan dividennya kepada pemegang-pemegang saham apabila ia melahirkan keyakinan pendapatan dapat menahan turun naik harga minyak semasa.
Total berkata dalam satu keterangan bahawa keuntungan bersihnya itu melonjak 22 peratus kepada AS$6.2 bilion (5.8 bilion euro) dalam 2016.
Bagaimanapun, keuntungan bersih yang diselaraskan itu, yang dikesan oleh pakar analisis kerana ia tidak termasuk bahan-bahan khas, menurun 21 peratus kepada AS$8.3 bilion.
Dan pendapatan menurun sembilan peratus pada AS$149.7 bilion.
Harga-harga minyak “adalah amat tidak menentu dalam 2016, turun naik di antara AS$27 setong dan AS$58 setong,” kata ketua eksekutif Patrick Pouyanne.
“Dalam persekitaran perniagaan yang sukar ini, kumpulan ini menunjukkan daya tahannya dengan menjana pendapatan bersih diselaraskan sebanyak AS$8.3 bilion,” katanya.
“Dalam konteks ini, ahli-ahli lembaga pengarah mencadangkan untuk meningkatkan dividen, meskipun turun naik harga hidrokarbon, kepada 2.45 euro setiap saham. Ini menunjukkan keyakinan ahli-ahli lembaga pengarah dalam kekuatan pada keputusan kumpulan dan kunci kira-kira serta prospek bagi pertumbuhan aliran tunai.” – AFP